Utusan Bermamai

17 09 2008

Ramai yang menyampah dengan akhbar harian arus perdana, tidak kira ianya adalah jenis independent seperti Utusan Melayu, Berita Harian dan The Star atau yang menjadi lidah mana2 parti. Harakah adalah akhbar parti pembangkang PAS yang menceritakan kebaikan2 yang ada di dalam PAS. Tidak kurang juga kutukan dan kritikan kepada parti pemerintah kerana memang itu lah tujuannya dikelarkan di samping untuk menyebarkan ideologi perjuangan masing2. Akhbar Siasah pula adalah lidah tidak rasmi parti pembangkang. Campur aduk, cacamerba tapi kebaikan2 dan ideologi pembangkang adalah intisari utama. Tidak kira PAS, PKR atau DAP. Semua ada. 

Yang menjadi masalahnya sekarang adalah parti pemerintah a.k.a UMNO yang nampaknya tidak berduit untuk menerbitkan akhbar sendiri sebagai lidah rasmi parti. Mereka hanya bergantung (menumpang) akhbar2 yang ada seperti Utusan Melayu dan Berita Harian dengan tekanan demi tekanan diberikan untuk menaikkan nama mereka di mata rakyat. Hanya berita pujian dan sokongan kepada parti pemerintah sahaja yang boleh dimuatkan di dalamnya. Segala keburukan dan celaan harus hanya disimpan di dalam hati. Kalau berani tulis dan publish berita2 yang pro pembangkang atau mengutuk kerajaan, sila bersedia untuk menghadapi penggantungan lesen. 

Begitu juga dengan syarikat televisyen seperti RTM dan TV3. Mereka dipijak seperti anak anjing ketakutan akan digantung lesen penyiaran atau menghadapi masalah kewangan serius jika tidak mengikut percaturan politik pemerinah a.k.a UMNO BN. Tidak menjadi sesuatu yang pelik jika rakyat yang sudah muak dengan percaturan sedemikian bangun memberontak dengan tidakmembuang undi untuk parti pemerintah. Hasilnya, UMNO BN hilang majoriti dan banyak kerusi yang dirampas parti pembangkang. Tidak cukup dengan itu, negeri2 penting yang menjadi jajahan takluk selama ini seperti Selangor dan Perak terlepas begitu saja. Nak merampas kembali tidak mungkin sesenang makan kacang. Momokan parti pemerintah untuk menawan dan merawat negeri Kelantan pada PRU ke 12 itu hari juga berakhir dengan backfire kepada diri sendiri. Lalu, mereka terpaksa balik dengan luka2 yang penuh di badan, patah tangan serta kaki juga sampai gila diri kerana hasrat menjadi MB tidak kesampaian (Awang Adek) untuk dirawat.  

Ketidaktelusan media2 arus perdana ini menjadikan ianya dicemuh hebat. Maka lahirlah nama2 baru yang diberi khas sebagai ‘penghargaan’ kepada mereka. 

Utusan Melayu ditulis/ dipanggil Utusan Meloya

TV3 ditulis/ digelar TV3 Suku, dan

Berita Harian dicop sebagai Berita Hairan

Bangga kah mereka? Kami jamin mereka sudah kering air mata menangisi nama yang cantik ditukar menjadi hodoh seperti babi. Jadi, bacalah UTUSAN BERMAMAI. Daripada anda ditipu secara senyap, baik anda ditipu hidup2 oleh kami – di samping menghiburkan diri anda di sini. Sekian.

Dari meja editor,

Tukang Fitnah

Advertisements