Abdullah bercadang menggulingkan kerajaan baru

18 09 2008

Dengan bertukarnya portfolia antara Najib dan Abdullah, rakyat bagai tercengang kerana apa Abdullah dilihat betul2 ikhlas dengan pelan peralihan kuasa yang sudah dipersetujui tempoh hari. Ia menyaksikan Najib yang dilihat mempunyai lebih kuasa kepada kewangan dan Abdullah lebih kuasa kepada ketenteraan. Jika dilihat dengan mata kasar dan hati yang buta, rakyat akan terpesona dengan tindakan Abdullah. Apa yang rakyat tidak nampak adalah rancangan maha jahat Abdullah dalam mengatur langkah bagi menghadapi kejatuhan beliau kelak.

Abdullah yang ditemui dalam jamuan pada pukul 2.30 petang semalam bersama rakyat yang ditangkap kerana tidak berpuasa mengatakan,”Zzzz…” beliau terbangun setelah diletakkan kuih apam di bibir. Jadi, tiada ulasan dapat diberikan kerana selepas itu beliau tertidur lagi. Najib yang baru keluar dari lorong Chow Kit dengan memakai topeng Mask Men berjaya diekori oleh krew kami yang memaksa beliau mengaku beliau bermain aksi geli2 dengan perempuan2 tua di situ. “Saya masih puasa”, kata Najib dengan mulut yang masih berbau kari. Bila di tanya tentang pertukaran portfolio yang dipersetujui semalam, beliau memberi jawapan yang cukup meyakinkan,”Pertukaran portfolio itu bukan apa2 pun sebenarnya. Pak Lah memberi sumbangan kepada saya berupa duit berjumlah empat ringgit untuk membayar mee kari yang baru saya makan tadi. Saya pula memberi sebiji bom C4 sebagai balasan kepada beliau untuk membunuh diri sebelum kerajaan beliau digulingkan”, seraya melarikan diri setelah sedar bahawa rahsia perjanjian anak lelaki dengan Abdullah sudah terlepas dari mulut. 

Dengan ini kami membuat andaian bahawa Abdullah yang beria2 untuk memegang tampuk kepimpinan ketenteraan adalah dengan tujuan untuk menggulingkan kembali kerajaan pakatan rakyat yang bakal dibentuk oleh Anwar Ibrahim. – BERMAMAI